Isnin, 28 November 2011

Mana sifat peri ke(binatang)an kita?

Kenapa manusia sangat kejam terhadap makhluk2 lain ciptaan tuhan? Adakah kehidupan mereka di dunia ini tidak bermakna sangat berbanding kita manusia yang kononnya sangat mulia.

Dah beberapa kali aku pernah tengok binatang yang tidak berdosa dibiarkan mati begitu saja, samada ditangan manusia atau sebaliknya. Kadang2 hanya dibiarkan sahaja disitu bersemadi tanpa ditanam atas rasa prihatin dan tanggungjawab pada makhluk lain. Itulah sifat manusia yakni makhluk 'mulia' yang tak kurang juga mengaku khalifah di muka bumi.

Semuanya hipokrit semata2 tak kira di kedai makan, pasaraya, tepi jalan itulah pandangan biasa yang ada pada masyarakat.

Dalam TV, suratkabar, macam2 lagi asyik hu ha pasal ke'budi pekerti'nya masyarakat Malaysia ditambah lagi dengan ajaran Islam tapi bab memakmurkan alam hancur. Realiti apa yang aku nampak dalam masyarakat sekarang, pak Lebai/ ayah Haji kemain cakap pasal agama kucing nak mintak makanan pun kena halau. Kucing/ Anjing/ Burung/ lain2 kena langgar buat muka seposen cam tak bersalah. Pehh..

Kawasan hutan yakni habitat makhluk tak 'mulia' dirata atas nama pembangunan, bila binatang masuk kawasan kita dikata binatang menceroboh dan perlu dibunuh. Wait3, tak ke sama ke dengan apa yang Israel dah buat. Dua kali lima rupanya, time kutuk maki bagai macam kita baik sangat.

Apa guna belajar pandai, peh belajar kemain tinggi sampai phD tapi bab lain bodoh bertingkat2. Hanya tahu kumpul duit, kerja, tapi tak berusaha memakmurkan alam. Truly selfish.

Aku pernah jumpa makcik masa jalan2 kat bandar Melaka, jalan dari tong sampah kedai fast food ke kedai seterusnya ingatkan cari takde keje lain (know what i means). Sampai je aku lepak kat Dataran Palawan terharu gila aku tengok rupanya yang dibaginya adalah kat kucing, ramai lak tu.. Walaupun keadaan dia daif (ditinggalkan anak masa aku sembang2 ngan dia) tapi masih mampu berbakti kepada makhluk lain. Terus terang dalam hati aku cakap, makcik ni sangat mulia even dikalangan para makhluk di langit.

I'm disappointed (really) with the people around me, adakah manusia sahaja layak duduk di muka bumi? Aku bukan salahkan semua orang, niat aku juga nak muhasabahkan diri sendiri dan nak sedarkan masyarakat. Allah tak akan tanya hubungan kita dengan-Nya sahaja, tetapi juga dengan makhluk2 ciptaan-Nya. Kita terlepas pandang, bukan hanya sifat peri kemanusiaan sahaja yang perlu ada tetapi juga sifat peri ke'binatang'an perlu ada dalam diri kita.

Pay some respect to other living things, bukan kita sahaja ada dalam planet ni. We share it..

p/s: rest in peace my friend... may Allah bless u.. i'll be always missing u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan