Isnin, 31 Januari 2011

Hujan Oh Hujan

Sekarang ni musim hujan melanda, bukan saja pantai timur tapi 1 Malaysia dah terasa. Punyalah susah nak balik ke rumah menyebabkan aku terpaksa memendekkan perjalanan aku dari straight ke kampung ke rumah abang aku kat Temerloh je.

Huhu, perjalanan yang sure aku takkan lupakan. Anyway, selepas perjalanan yang aku harungi walaupun ke Temerloh agak azab disebabkan beberapa fator yang kurang diambil kira (buat2 cam bese je) menyebabkan aku hampir berputus asa dan bercadang nak singgah kat mana- mana je cam R&R ke tak pun hotel bajet.

Faktor pertama yang men'jem'kan perjalanan aku ialah masa aku bertolak pun dah lewat. Tak silap aku dalam pukul 3.30 petang. Dengan keadaan cuaca yang agak mendung aku meneruskan perjalan aku dengan motorku 125ZR bersama memberku yang membawa LC135. Untuk senang aku bahagikan perjalanan aku sebanyak 3 fasa.

Fasa 1: (3.30pm- 4.45pm- Mendung)




1.) Highway PLUS (Melaka- Tangkak)
Perjalanan yang mengikut lebuhraya memang agak mudah sebab jalan straight je. Tapi yang menjadi masalah adalah kenderaan besar yang lalu seperti lori besar yang sure meyebabkan aku lebih memahami prinsip bernouli sewaktu di sekolah dulu. Angin pulak sangatlah kuat sehingga motor seringkali bergoyang time aku nak memecut pada kelajuan cahaya. Last- last kitorang sampai ke Tangkak dalam masa 30 minit.

2.) Jalan Kampung (Tangkak- Ledang- Segamat)
Perjalanan ni memang merbahaya sebab jalannya hanya 1 lane. Yang tak bestnye jalan ni pun menjadi pilihan lori- lori yang malas nak bayar tol (maybe there's no other way since highway pun takde), so nak mengharungi jalan- jalan yang berliku dan berbukit ni bukan senang especially bila jalan licin. So, nak memintas lori- lori besar ni memang kena berhati- hati. Kitorang berehat sekejap bila dah sampai kat Segamat. Letih weh.

Fasa2: (5.00- 8.15pm- Mendung+ Hujan lebat+ Gelap malam= Damn!!)



3.) Jalan Kampung ( Segamat-Muadzam Shah)
Kitorang start bergerak dengan hujan renyai- renyai sikit, takkan nak tunggu malam kot. So, perjalanan kat sini agak biasa sebab jalan pun tak sibuk sangat jadi takde masalah sangat. Cuma, time kat tengah jalan hujan menjadi lebat sikit. Kena slowlah sikit, kitorang sampai kat Muadzam Shah dalam 6.15 petang. Kitorang stop dulu untuk makan sambil rehat sekejap.

4.) Jalan Kampung Lagi (Muadzam Shah- Kuantan)
Hah, jalan ni paling menakutkan untuk aku lalu. Tak lama kitorang jalan dah ada nampak pokok tumbang tengah- tengah jalan. Kesian kat lori sebab tak dapat lalu, mujurlah pokok yang tumbang tu tersangkut kat pokok lain jadi ada ruang untuk kenderaan kecil lalu. Hari pulak makin gelap, lagi la runsing sebab motor aku ni dah la lampu tak kuat keadaan hujan menyebabkan visor aku sering diganggu oleh kenderaan di depan (air+tanah= visor xnampak ape2). Yang paling aku fedup ialah bila dah malam ada kereta dari other side yang selamber je menaikkan lampu tinggi sampai aku tak nampak langsung jalan depan (seriusly sh*t). Aku sampai terpaksa bawak 40km/j. Pakcik bawak moto getah senang- senang je pintas. Anyway, aku memang bernasib baik sebab dapat gak sampai ke Gambang.

Fasa3: (8.30- 10.30pm- Malam+Hujan)



5.) Highway LPT (Gambang- Temerloh)
Start from here aku sorang je sebab member aku dah meneruskan perjalanan ke Kemaman. Aku pulak mengambil jalan lain untuk ke rumah abang aku kat Temerloh. Kat sini kira ok la sikit berbanding jalan kampung sebelum ni yang super- uzur. Camne pun aku masih mengalami masalah yang sama iaitu cahaya tinggi yang dihadiahkan oleh kereta yang buta jalan. For safety aku follow belakang lori so kenderaan lain takkan memintas pada lane tu. Agak memalukan sebab kelajuan aku kat highway hanya 70km/j walaupun yang ditetapkan adalah 90km/j. Safety beb. Time aku jumpa exit kat Temerloh la saat yang paling indah pada hari tu.

So, kesimpulannya. Lain kali jangan la mengada- ngada nak bawak motor balik kampung apabila:
i.) Hari dah lewat.
ii.) Hari hujan
iii.) Lampu motor tak sihat.
iv.) Last but not least, bawak duit secukupnya. Kang tersadai kat tengah jalan.hahaha

Selasa, 25 Januari 2011

Penghargaan..

Secara tak diduga aku diminta untuk memberikan tazkirah ringkas sebelum kelas bermula (Modern Manufacturing System). Haha, punyalah berdebar sebab dengan keadaan selalu lambat masuk ke kelas confirmlah tak ada preparation apa- apa. Luckily disebabkan teringatkan aku nak tepon mak, maka aku terus dapat point untuk bercakap berkenaan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Syukur aku dapat memberikan tazkirah dengan baik, walaupun kurang 'kick'nya tapi sekurang- kurangnya aku dapat mengajak member dan diri aku sendiri untuk bermuhasabah tentang pengorbanan insan yang bergelar ibu dan bapa. Tanpa diorang siapa la kita yek.


Dalam- dalam aku berceloteh ni teringat aku masa berumur 8 tahun, aku pernah meminta mak untuk membeli buku komik di kampung sebelah. Tak lama sebelum tu aku baru kehilangan ayah (masa aku 6 tahun), keluarga aku masih belum ada kenderaan cam kereta untuk bergerak jauh- jauh. Disebabkan kasih ibuku dia sanggup membawa aku dengan basikal lama. Aku sangat rasa terharu sehingga hari ini aku masih tak dapat melupakan peristiwa ni.

Setiap orang pasti ada pengalaman manis bersama ibu bapanya. Yang penting adalah kita menghargai segala pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu bapa. Saban hari kita lihat ada golongan yang digelar anak sanggup melakukan kezaliman kepada kedua ibubapanya sendiri. Baca Metro sudah, tiap- tiap hari ada saja berita yang melibatkan perbuatan samada memukul even menyamun pun ada.

Hidup kita bukannya lama sangat pun, paling koman pun dalam 60- 70 tahun je, tu pun kalau hidup lagi adakah kita masih boleh bergerak dengan bebas seperti masa muda. The point is, selagi ibu bapa kita masih ada kita mesti selalu menjaga perhubungan kita. Seperti yang aku beritahu dalam tazkirah aku, salah satu unsur keberkatan dalam rezeki kita adalah dengan berbuat baik kepada ibubapa.

Sampai sini jela aku berceloteh, aku nak balik rumah dulu. Sejuk sangatlah stay dalam pusat komputer ni. Tambah- tambah macam nak hujan je...

"Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:"
 i.)   Sedekah jariah
ii)    Ilmu yang bermanfaat
iii.) Anak yang soleh yang mendoakannya 
(Hadis Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabtu, 22 Januari 2011

Falsafah hidup...mod Skema

Aku sebenarnya amat berminat dengan subjek falsafah sains dan teknologi yang aku ambil sebagai subjek wajib dalam semesta ni. Salah satu sebabnya subjek ni sentiasa membuatkan minda kita lebih banyak berfikir dan cuba untuk memahami asbab sesuatu perkara itu dilakukan. Contoh mudah yang diberikan oleh pensyarah aku ialah apa tujuan kita belajar. Adakah dengan mendapat ilmu, harta, pangkat, atau  sebagainya.

Pembelajaran ni banyak membuka minda aku terutamanya bagaimana untuk membina perancangan hidup kita dan menetapkan target dalam setiap perkara yang bakal dilakukan. Nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan kefahaman yang mendalam. Aku sendiri tidak menyedari peri pentingnya semua ni sehinggalah final sem aku. Agak merugikan namun tidak terlambat untuk aku berubah. Apa yang penting untuk memahami semua ni adalah dengan mem'format'kan balik definisi Ilmu dalam kamus hidup aku.





Ilmu itu sangat penting kepada kita, Ilmu adalah nur yang menerangi hidup kita dan memberi jalan kepada kita untuk mencapai kejayaan hidup samada dunia dan akhirat. Tanpanya kita akan sesat dan mencari petunjuk yang salah dan menyebabkan diri kita semakin terpesong. Cara kita menggunakan ilmu juga penting kerana ia membawa kita kepada erti sebenarnya tujuan kita menuntutnya. Ilmu dalam perspektif Islam adalah lebih bersifat universal berbanding Ilmu  dalam persperktif Barat yang menolak kedudukan wahyu sebagai teras utamanya. Oleh itu, perbezaan ni akan membawa kepada pemikiran manusia yang mendalaminya.


Kecerdikan dan kebijaksaan adalah dua nilai yang berbeza. Pensyarah aku juga ada memberi contoh bagaimana jika keunggulan dalam sains akan menjadi tidak bermakna jika dia digunakan secara salah seperti mengklonkan manusia. Ia adalah melanggar batasan dalam tabii kemanusiaan kerana ia adalah salah satu unsur penolakan akidah. Sama juga dalam penciptaan bom atom yang tidak membawa erti malah merosakkan dunia demi kepuasan nafsu orang yang berkuasa.

Last but not least, kepada member- member aku bakal melibatkan diri dalam kerjaya professional (tak lame dah nak grad dah) aku doakan korang semua dapat menjalankan tugas dengan baik- baik. Jangan lupa Ilmu yang kita pelajari dan sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik. Walaupun terlalu awal tapi apa salahnya dapat memberikan nasihat sekurang- kurangnya kita dapat sama- sama bermuhasabah dan mempersiapkan diri. Semoga usaha kita selama ni berbaloi dengan penat lelah kita study...

Jumaat, 21 Januari 2011

Prihatin...

Korang mesti selalu tengok cerita- cerita sedih tak pun mesti dengar pasal kisah hidup orang lain yang tak berkemampuan. Kadang- kadang kita buat tak endah je especially kalau orang tu bukan salah seorang dari saudara mara kita. Yalah kalau kita tengok pada diri kita sendiri pun takde la berkemampuan sangat macam orang- orang lain yang lebih berada. Bagi aku pun kalau boleh cam elok je aku tak tahu apa masalah yang dihadapi orang lain, nanti rasa kasihan pulak kat orang tu dan aku pulak tak dapat buat apa- apa.

Dalam TV3 pun tiap- tiap minggu ada ceritakan pasal kehidupan segelintir masyarakat kita yang kurang berkemampuan baik dari segi material ataupun fizikal. Walaupun disisihkan masyarakat namun itu bukan sebab yang menghalang daripada meneruskan hidup. Bantuan pun jarang- jarang dihulurkan oleh orang- orang yang terdekat apatah lagi dengan golongan yang bergelar YB (yang tak turun padang la, time berkempen je buat pe).

Dalam hal ni aku nak cerita tentang satu fenomena yang berlaku di kalangan masyarakat kita, bukanlah maksud aku untuk bercerita secara detail tapi sebagai renungan kepada pembaca dan aku sendiri.

Kadang- kadang kita selalu perhatikan ada budak- budak (even adults) yang 'pandai' cari tempat- tempat yang strategik untuk menagih simpati sebagai contoh di bank. Ada yang siap sediakan kerusi kat depan bank, cam nak mintak bayar zakat la pulak. I'm not angry but if you are too desperate to get 'bantuan- dana pembinaan sekolah,asrama, or what- so- ever' why don't go to the authority person. Aku pernah dengar berita dana adri zakat mencecah berbillion- billion. So what's the problem now. Takkan nak mintak pun tak reti.

There is a bit short story i want to share, this event berlaku masa aku ada di bandar. Masa aku lalu jejantas aku ada nampak seorang pakcik yang appearance sangat daif duduk di bahu jalan untuk mendapat sedekah, pakcik tu jes duduk tanpa meminta- minta (kesian sangat so aku pun bagi walaupun tak banyak). Then, lepas aku jalan depan sikit ada dua budak around 9 years old yang berseragam kemas ibarat salesman datang jual kismis (cam minta sedekah jugak la). Lepas aku dah jalan jauh- jauh ada lagi group 2 budak macam tadi jual kismis. 

So, semua ni menyebabkan aku marah, kecewa, keliru dengan kumpulan yang buat part- time meminta sedekah ni. Adakah diorang buat kerja- kerja ni disebabkan masalah kedaifan mereka sendiri. Tentu tidak aku rasa. Budak- budak tu sepatutnya menelaah apa yang dipelajari dalam sekolah kat rumah bukan kat tepi- tepi jalan. Satu scene yang aku tak boleh lupa adalah aku pernah lihat seorang makcik yang kudung kaki dan tangannya masih boleh melakukan kerja menjual kuih- kuih di pasar tanpa bergantung pada orang lain. Aku cukup respek kat makcik tu, sepatutnya kita yang sempurna anggota fizikal patut berasa malu dengan diri sendiri kerana masih nak mengharapkan bantuan orang lain walaupun mampu.

Lastly, aku harap catatan aku kali ni dapat buat kita semua bermuhasabah dan perbaiki diri kita supaya lebih berusaha dan dapat menolong orang lain instead daripada kita ditolong orang. Salah satu daripada petua untuk panjang umur adalah dengan kita berbuat kebajikan kepada orang lain..^^,

Selasa, 11 Januari 2011

Accident...

Petang tadi aku time aku masuk kelas aku diberitahu ada accident kat tempat yang biasa je aku lalu time nak pegi/balik kelas. Kemalangan tu antara lori dengan apa aku pun tak tahu tapi kalau dah melibatkan lori mestilah teruk. Kasihan pula kat orang yang terlibat tu, mungkin student yang dah balik dari kelas ke tapi apa pun aku doakan semoga orang tu selamat. Kadang- kadang sayu jugak hati kita kalau orang yang terlibat tu rapat dengan kita apatah lagi kalau ahli keluarga.

Sepanjang perjalanan aku pulang ke Melaka pun ada jugak satu kes kemalangan yang berlaku. Time tu aku ada dalam bas, adalah aku nampak seorang perempuan bawak motorsikal elok je memintas bas. Tak lama pastu dekat traffic light jem sikit, tengok- tengok dah terbaring kat jalanraya. Mujur la nampak tak serius sangat.

Masa aku balik ke Melaka pun ada satu lagi kemalangan yang melibatkan perempuan (again), jiran aku pulak tu. Dekat dengan rumah aku ada la satu selekoh yang agak tajam ditambah lagi dengan 'stripe' hitam putih atas jalan tu yang agak licin, so masa aku on the way balik aku perasan yang dia bawak agak laju (or maybe i'm a bit slow,hahaha) sampai la aku jauh ketinggalan.



Aku sebenarnya ada experience hampir terjatuh kat tempat tu disebabkan licin, therefore i'm already aware lah. Dan - dan aku lalu kat sana dah nampak perempuan tu merangkak baru bangun dari jalan, mujur la takde kereta/ lori ke yang menyusul kat belakang.

So, korang semua tahu tak time bila semua ni terjadi. Obviously korang tahu la sebab sekarang musim tengkujuh.



Sungguh tak best bawak motor time hujan

Jawapannya  hujan la, tapi camne pun hujan tak boleh disalahkan seratus peratus. Kengkadang kita selalu je leka, dah tahu hujan nak redah je (like me). Tak risau ke kat orang- orang lain yang risaukan kita, kebiasaannya aku tengok lak perempuan suka bawak laju cam tak kira hujan ke apa cam weatherproof la pulak.

So, kepada member- member aku semua termasuk brader aku (sampai skang tak setel nek turun courts pasal kena langgar) drives your own vehicle safely. Kang dah elok kita motor lak yang tercabut handle. Kita ni orang muda, amalan pun tak cukup lagi and more importantly kita belum kahwin lagi. Hahaha...

Ahad, 9 Januari 2011

Pilih Subjek...

Minggu first kebiasaannya aku akan pergi ke kelas cam biasa je untuk dengar- dengar briefing dari lecturer pasal subjek yang bakal aku ambil. So, that's why kengkadang aku malas nak pergi ke kelas. Semua yang diceritakan dah tahu awal- awal, boleh pergi pun dah kira bagus.

Tapi untuk sem last aku ni is a bit different. Biasanya kalau setiap sem subjek- subjek elektif memang dah di'decide'kan oleh fakulti (untuk UTeM je kot), basically sebab student tak ramai or sebagai syarat- syarat graduasi oleh badan- badan engineer (for my course case). Therefore, mula la pening nak pilih subjek yang sesuai. The 2 subject which making me in dilemma is Robotik & Automasi dan Advance Manufactering Technology.


Bagi student yang nak pilih subjek elektif, biasanya akan memilih subjek berdasarkan faktor minat & prospek kerjaya yang berkaitan dengan subjek yang diambil. So aku dengan semangatnya ambil subjek Robotik & Automasi yang 'agak' susah sebab demi mengejar cita- cita yang murni. LOL


Agak- agak kalau aku terer boleh ke aku buat camni!?


But after the first week aku decide untuk tukar subjek aku kepada Advance Manufacter Technology. Haha, tak berpendirian sungguh la. Kalau diikutkan kata- kata positif dalam kepala aku boleh je aku ambil subjek Robotik & Automasi tu. Tapi tak kurangnya 'galakan' dari syahaiton yang suruh aku mengada- ngada tukar subjek.

" Bit ko amik subjek susah- susah p0n nanti ko dapat D pe cer? Kompeni tengok time interview gelak. Bek ko amik subjek advance, kire playsafe gak dowh"

Kerja- kerja bosan engineer kilang nanti

Haha, dek kerana point tu selalu terngiang- ngiang dalam kepala aku so aku pun tanpa berfikir panjang menukar subjek ni. Yalah, nak selamatkan diri dulu karang tak pasal- pasal aku fail lak macam mane ek. Aku bukannya terer sangat macam member- member aku. Pointer pun cukup- cukup makan je.

Anyway, bak kata lecturer aku cita- cita time kecik boleh berubah bila kita dah besar panjang. Elok- elok pasang niat jadi doktor tetiba result SPM hancus. So aku pun melencong sikit dari plan asal aku untuk jadi engineer Gundam yang berjaya kepada engineer kilang yang berwibawa. Mana la tahu esok- esok kalau aku rajin (not my study 'cause i'm gave up already) aku boleh pergi jepun ke, euro ke.

Ok la, tu je post aku untuk hari ni. Aku pun nak setelkan PSM aku yang 'deadline' esok...*_*

UPDATE:
skali aku dpt C- subjek AMT, mmber2 yg amik Robotic rmai lak dpt A..pdan muke aku..haru biru..

Jumaat, 7 Januari 2011

Sem baru..

Sem baru dah mula, well kebiasaannya semua ni akan diikuti dengan azam- azam student (biasanya student 1 & 2 year) yang dah mula insaf pastu pasang target untuk strive excellently. Haha, but for me it's kinda too late to regret because this is my final sem. Aku pun sampai dah malas nak fikir pasal semua ni, yang penting sem ni aku nak fokus PSM je sebab ni salah satu benda yang penting untuk graduasi & kerja aku.

Kalau diikutkan masa aku nak menulis/ berceloteh kat sini dah banyak hilang sebab nak fokus kat study & aktiviti lain (takde la sangat). Tapi kadang- kadang kita ni terase jugak nak meluahkan perasaan pasal ke, bagi info ke. Aku nak cari idea untuk letak dalam blog ni pun dah takde.

Haha,takpe la next time aku akan post some info- info yang menarik, kepada kengkawan aku aku ucapkan selamat ber'sem' baru. Study la elok- elok ye. >_>