Isnin, 28 November 2011

Mana sifat peri ke(binatang)an kita?

Kenapa manusia sangat kejam terhadap makhluk2 lain ciptaan tuhan? Adakah kehidupan mereka di dunia ini tidak bermakna sangat berbanding kita manusia yang kononnya sangat mulia.

Dah beberapa kali aku pernah tengok binatang yang tidak berdosa dibiarkan mati begitu saja, samada ditangan manusia atau sebaliknya. Kadang2 hanya dibiarkan sahaja disitu bersemadi tanpa ditanam atas rasa prihatin dan tanggungjawab pada makhluk lain. Itulah sifat manusia yakni makhluk 'mulia' yang tak kurang juga mengaku khalifah di muka bumi.

Semuanya hipokrit semata2 tak kira di kedai makan, pasaraya, tepi jalan itulah pandangan biasa yang ada pada masyarakat.

Dalam TV, suratkabar, macam2 lagi asyik hu ha pasal ke'budi pekerti'nya masyarakat Malaysia ditambah lagi dengan ajaran Islam tapi bab memakmurkan alam hancur. Realiti apa yang aku nampak dalam masyarakat sekarang, pak Lebai/ ayah Haji kemain cakap pasal agama kucing nak mintak makanan pun kena halau. Kucing/ Anjing/ Burung/ lain2 kena langgar buat muka seposen cam tak bersalah. Pehh..

Kawasan hutan yakni habitat makhluk tak 'mulia' dirata atas nama pembangunan, bila binatang masuk kawasan kita dikata binatang menceroboh dan perlu dibunuh. Wait3, tak ke sama ke dengan apa yang Israel dah buat. Dua kali lima rupanya, time kutuk maki bagai macam kita baik sangat.

Apa guna belajar pandai, peh belajar kemain tinggi sampai phD tapi bab lain bodoh bertingkat2. Hanya tahu kumpul duit, kerja, tapi tak berusaha memakmurkan alam. Truly selfish.

Aku pernah jumpa makcik masa jalan2 kat bandar Melaka, jalan dari tong sampah kedai fast food ke kedai seterusnya ingatkan cari takde keje lain (know what i means). Sampai je aku lepak kat Dataran Palawan terharu gila aku tengok rupanya yang dibaginya adalah kat kucing, ramai lak tu.. Walaupun keadaan dia daif (ditinggalkan anak masa aku sembang2 ngan dia) tapi masih mampu berbakti kepada makhluk lain. Terus terang dalam hati aku cakap, makcik ni sangat mulia even dikalangan para makhluk di langit.

I'm disappointed (really) with the people around me, adakah manusia sahaja layak duduk di muka bumi? Aku bukan salahkan semua orang, niat aku juga nak muhasabahkan diri sendiri dan nak sedarkan masyarakat. Allah tak akan tanya hubungan kita dengan-Nya sahaja, tetapi juga dengan makhluk2 ciptaan-Nya. Kita terlepas pandang, bukan hanya sifat peri kemanusiaan sahaja yang perlu ada tetapi juga sifat peri ke'binatang'an perlu ada dalam diri kita.

Pay some respect to other living things, bukan kita sahaja ada dalam planet ni. We share it..

p/s: rest in peace my friend... may Allah bless u.. i'll be always missing u

Rabu, 9 November 2011

Ke'power'an otai2 blog

Malam ni banyak aku explore laman2 web especially pasal sejarah yang ditulis otai2/pakar2 dalam bab tu..



Sejujurnya aku memang sangat terkebelakang berbanding dorang. Mungkin memang ambik major dalam bidang tu kot.. heh


Fakta, hujah2, dan idea penulisan dorang memang terbaek bagi aku dan kebanyakannya memang ada kaitan sekali dengan Islam. Satu cara yang baik dalam cara penyampaian ilmu..


Aku yang biasa2 ni lagi suka buat pengolahan ringkas dari idea2 yang dorang sampaikan, sebagai mukadimah la katakan..



Yang penting, backlink kena bagi la, kang kena kondem dengan otai2 susah nanti..

Selasa, 1 November 2011

Slow.....

Adoyai..start kelmarin internet dah jadi slow gila. Semua salah maxis limitkan berukband aku sampai 3GB je..



Salah aku jugak main internet lama2 sangat sampai tak hingat dunia. Siang malam menghadap PC sebab tak tahu nak buat apa,  mujur jugak berblogging menyelamatkan aku dari kebosanan.


Apa yang pasti musim bosan akan semakin menarik sukan kesukaan aku iaitu Bola Sepak dalam musim bercuti dengan Piala Malaysia dah habis, kecewa siot Terengganu kalah!!! Nak tunggu liga Super lama lagi.


Btw, aku dah pecahkan blog aku kepada tiga. Blog main (bitBlog) aku khususkan kepada tiga bahagian iaitu Sejarah samada unexplain, misteri, konspirasi atau segala bagai; Teknologi meliputi education engineering, future design, tech- tips, dan apa2 saja yang sewaktu dengannya; dan last adalah motivasi samada Agama, Kerjaya, Life, dan seumpamanya.



Blog ni lebih kepada dairi biasa aku. Satu lagi blog aku saja2 buat reserve, takut ada idea baru mendatang nanti. InsyaAllah..=)


Camnepun isi2 lama blog aku masih kekalkan dalam blog utama aku.


p/s: penuh bersabar dengan internet....haiya