Isnin, 28 November 2011

Mana sifat peri ke(binatang)an kita?

Kenapa manusia sangat kejam terhadap makhluk2 lain ciptaan tuhan? Adakah kehidupan mereka di dunia ini tidak bermakna sangat berbanding kita manusia yang kononnya sangat mulia.

Dah beberapa kali aku pernah tengok binatang yang tidak berdosa dibiarkan mati begitu saja, samada ditangan manusia atau sebaliknya. Kadang2 hanya dibiarkan sahaja disitu bersemadi tanpa ditanam atas rasa prihatin dan tanggungjawab pada makhluk lain. Itulah sifat manusia yakni makhluk 'mulia' yang tak kurang juga mengaku khalifah di muka bumi.

Semuanya hipokrit semata2 tak kira di kedai makan, pasaraya, tepi jalan itulah pandangan biasa yang ada pada masyarakat.

Dalam TV, suratkabar, macam2 lagi asyik hu ha pasal ke'budi pekerti'nya masyarakat Malaysia ditambah lagi dengan ajaran Islam tapi bab memakmurkan alam hancur. Realiti apa yang aku nampak dalam masyarakat sekarang, pak Lebai/ ayah Haji kemain cakap pasal agama kucing nak mintak makanan pun kena halau. Kucing/ Anjing/ Burung/ lain2 kena langgar buat muka seposen cam tak bersalah. Pehh..

Kawasan hutan yakni habitat makhluk tak 'mulia' dirata atas nama pembangunan, bila binatang masuk kawasan kita dikata binatang menceroboh dan perlu dibunuh. Wait3, tak ke sama ke dengan apa yang Israel dah buat. Dua kali lima rupanya, time kutuk maki bagai macam kita baik sangat.

Apa guna belajar pandai, peh belajar kemain tinggi sampai phD tapi bab lain bodoh bertingkat2. Hanya tahu kumpul duit, kerja, tapi tak berusaha memakmurkan alam. Truly selfish.

Aku pernah jumpa makcik masa jalan2 kat bandar Melaka, jalan dari tong sampah kedai fast food ke kedai seterusnya ingatkan cari takde keje lain (know what i means). Sampai je aku lepak kat Dataran Palawan terharu gila aku tengok rupanya yang dibaginya adalah kat kucing, ramai lak tu.. Walaupun keadaan dia daif (ditinggalkan anak masa aku sembang2 ngan dia) tapi masih mampu berbakti kepada makhluk lain. Terus terang dalam hati aku cakap, makcik ni sangat mulia even dikalangan para makhluk di langit.

I'm disappointed (really) with the people around me, adakah manusia sahaja layak duduk di muka bumi? Aku bukan salahkan semua orang, niat aku juga nak muhasabahkan diri sendiri dan nak sedarkan masyarakat. Allah tak akan tanya hubungan kita dengan-Nya sahaja, tetapi juga dengan makhluk2 ciptaan-Nya. Kita terlepas pandang, bukan hanya sifat peri kemanusiaan sahaja yang perlu ada tetapi juga sifat peri ke'binatang'an perlu ada dalam diri kita.

Pay some respect to other living things, bukan kita sahaja ada dalam planet ni. We share it..

p/s: rest in peace my friend... may Allah bless u.. i'll be always missing u

Rabu, 9 November 2011

Ke'power'an otai2 blog

Malam ni banyak aku explore laman2 web especially pasal sejarah yang ditulis otai2/pakar2 dalam bab tu..



Sejujurnya aku memang sangat terkebelakang berbanding dorang. Mungkin memang ambik major dalam bidang tu kot.. heh


Fakta, hujah2, dan idea penulisan dorang memang terbaek bagi aku dan kebanyakannya memang ada kaitan sekali dengan Islam. Satu cara yang baik dalam cara penyampaian ilmu..


Aku yang biasa2 ni lagi suka buat pengolahan ringkas dari idea2 yang dorang sampaikan, sebagai mukadimah la katakan..



Yang penting, backlink kena bagi la, kang kena kondem dengan otai2 susah nanti..

Selasa, 1 November 2011

Slow.....

Adoyai..start kelmarin internet dah jadi slow gila. Semua salah maxis limitkan berukband aku sampai 3GB je..



Salah aku jugak main internet lama2 sangat sampai tak hingat dunia. Siang malam menghadap PC sebab tak tahu nak buat apa,  mujur jugak berblogging menyelamatkan aku dari kebosanan.


Apa yang pasti musim bosan akan semakin menarik sukan kesukaan aku iaitu Bola Sepak dalam musim bercuti dengan Piala Malaysia dah habis, kecewa siot Terengganu kalah!!! Nak tunggu liga Super lama lagi.


Btw, aku dah pecahkan blog aku kepada tiga. Blog main (bitBlog) aku khususkan kepada tiga bahagian iaitu Sejarah samada unexplain, misteri, konspirasi atau segala bagai; Teknologi meliputi education engineering, future design, tech- tips, dan apa2 saja yang sewaktu dengannya; dan last adalah motivasi samada Agama, Kerjaya, Life, dan seumpamanya.



Blog ni lebih kepada dairi biasa aku. Satu lagi blog aku saja2 buat reserve, takut ada idea baru mendatang nanti. InsyaAllah..=)


Camnepun isi2 lama blog aku masih kekalkan dalam blog utama aku.


p/s: penuh bersabar dengan internet....haiya

Ahad, 9 Oktober 2011

Impak ekonomi pada kerjaya

Antara krisis2 yang syok berlaku di dunia sekarang:

Krisis ekonomi Amerika----->    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Krisis ekonomi Greece----->http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Lambakan graduan di China----->http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Semua ni memang membuatkan aku jadi gila dengan keadaan aku yang masih belum mendapatkan pekerjaan.
Nak mengharapkan keje gomen, tak payahla konpem tak dapat. Susah siottt!!
Kalau rujuk kat masalah krisis ekonomi Greece, keje kat sektor awam pun dah tak secure. Bukanlah aku nak membandingkan dengan negara ni tapi pernah tak kita fikir sekiranya kita menerima nasib yang sama dengan mereka.

Sebelum ni ada pak menteri yang kata Malaysia juga akan muflis atas sebab2 tertentu (baca: subsidi) dan sebagainya. Mungkin ada benarnya kata2 tu tapi nampak tak kemungkinan yang akan berlaku. Berkaitan dengan keadaan negara China, keadaan juga hampir sama seperti di Malaysia walaupun tidaklah setenat seperti di sana tapi dah cukup membuatkan aku terus apply keje via online sampai. Dah tak kira engineer ke, asst. engineer atau lebih rendah, asalkan dapat keje yang sesuai walaupun gaji rendah (masih relevan nak bayar hutang PTPTN).

Masalah AS pula sememangnya tidak boleh diambil ringan, kejatuhan ekonomi AS bermakna kejatuhan ekonomi dunia. Sekiranya dikaji banyak masalah2 kewangan AS berpunca daripada sistem ekonomi kapitalis yang sudah tentunya hanya menguntungkan sebelah pihak dan hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Kebanyakan negara2 dunia menunjukkan kemelesetan ekonomi yang ketara, negara2 eropah pun sudah mula memasuki fasa 'bankrap'. Masalah2 ini sangat jelas menunjukkan fasa2 akhir zaman sedang kita lalui dan sistem2 yang dicipta 'sang mata satu' begitu ketara sehinggakan kita tidak ada jalan lain selain menerimanya seperti yang pernah dijelaskan oleh Sheikh Imran Hosein (banyak gile kene explain).

Hakikatnye, hidup zaman ni penuh dengan masalah, nak mencari duit pun susah gile..
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa supaya dapat keje halal.. isk3

p/s: lambat lagi la nak kawin...wooooo

Selasa, 27 September 2011

Tabiat buruk..

Setiap orang ada habitnya yang tersendiri kan.
Tak kisah samada baik ke buruk ke, bagi aku itu yang sedikit sebanyak membentuk identiti kita.


Aku?
Yang aku perasan bad habit aku banyak, tapi better aku bagi dua yang penting je.


Firstly maybe a gud habit, aku seorang yang cukup tak senang tengok orang habis makan. Konpem aku akan 'tolong' habiskan, tak kira samada member, mak, abang, dan lain2.

Even dah keje part time kat kedai makan pun habit tu tak dapat aku buang, makanan mesti dihabiskan.
Tapi nak makan tu pandai2 la amik mana yang elok ke tak elok. 
Lagipun yang eloknya aku nampak sebab aku dah mengelakkan pembaziran. heh


Secondly, bad habit yang cukup susah nak hilangkan. Malas dengan segala2nya.

Bangun pagi aku cukup malas nak bangun, kalau malas tahap gila memang sampai ke petang.
Pegi kelas aku cukup susah nak gerak, kekadang memonteng je memanjang.
Nak masuk keje memang takleh masuk awal, paling koman mesti setengah jam.
Balik keje memang nak awal2, kalau leh keje separuh hari pun bagus.


Itulah salah satu sebabnya kekadang aku malas nak ber'blogging', malas nak fikir idea.
Dan tu lah yang sangat merisaukan aku yang nak masuk alam pekerjaan ni. 

Haisshhh...


p/s: walaupon aku makan banyak, tapi xpenah pun gemok..Nice

Ber'BLOG'ing...

Aku selalu je tengok2 blog orang lain yang femes, kebanyakannya parodi- type. Blog jenis ni memang ramai follower sebab kandungan yang ditulis menarik dan penuh ngan humor.


Dalam ber'blog'ing kebanyakannya memfokuskan idea bagi menarik lebih banyak orang supaya mengikuti perkembangan dalam blognya.

Dan ada juga yang menulis blog sekadar berminat untuk berkongsi idea2 dan memberikan pendapat peribadi.



Dan itulah yang aku lakukan pada blog ni, bagi aku apa yang penting segala apa yang aku sampaikan adalah ringkas dan padat. Nak cerita banyak2 kang jenuh lak, aku pun tak larat nak tulis panjang2 walaupun sesetengah post yang aku tulis agak berat kandungannya..



Senang cerita, semuanya atas pandangan masing2.




Setiap orang ada cara berfikir yang tersendiri..heh


Sabtu, 24 September 2011

Meng'impian'kan hidup..

Seperti dulu aku bagitau (pernah ke?) salah satu dari impian aku adalah nak menjadi seorang pereka cipta, tak kisah la reka apa2 pun asalkan bermanfaat untuk semua orang.

Ini adalah satu kelebihan memandangkan jurusan yang telah aku ambik adalah Mekatronik.
Senang citer gabungan antara Elektrikal + Mekanikal + Software + Control  + dll bidang Engineering, maknanya memang complete untuk menghasilkan satu sistem kejuruteraan.

Dalam surat kabor yang aku baca dalam 2 hari lepas, terbaca Prof. Ungku Aziz (Pak Ungku) bagitau kebanyakan orang Malaysia hanya suka baca buku2 sekadar nak lulus periksa.

Dan itu la yang terjadi pada diri aku, belajar tak pandai2
hasilnya nak sambung niat untuk mereka2 cipta tergendala.
Kena la studi balik apa yang pernah dipelajari dulu.

Bottom line, dunia sekarang pun bukannya semudah yang disangka.
Tujuan hidup semua orang sekarang pun lebih kurang sama je, tak lain tak bukan nak carik harta.

Itu la tujuan  hidup aku sekarang, dan niat sebelum ni jadi hal nombor 2.
Yang penting bagi aku, dapatkan kerja yang kita minat.
Itu je yang dapat asimilasikan niat kita supaya selarikan dengan kerjaya.

Carik la kerja yang kita minat dan berkaitan dengan apa kita pelajari.

InsyaAllah berjaya..

p/s: wlaupun aku tak dapat keje lagi.. LOL